Teman Paling Bagus..

Argh.. Boring..
Sendirian aku kadang kala dan kebiasaanya selalu dilanda rasa dan perasaan begini..
Nak lelap? argh.. tak mengantuk.. Nak keluar?? hurm lagi lah boring..
Kawan? Ada, tapi kadang kala berilah sedikit masa kat diorang, sian kat diorang ngan kerja - kerja diorang..
Hurm, ubat yang paling bagus untuk merawat perasaan ini adalah membaca! Yes!, membaca!
Tak perlulah aku mengkhutbah manfaat dan faedah membaca, tak kisahlah apa bahan bacaan sekali pun.
Ini antara hobi aku bila takda sibuk sangat, sementara tunggu bas, lrt atau mana-mana aku pergi, masa teluang aku pun terisi dgn kerja mudah.. korang bayangkan apa jadi kat korang kalau korang tak membaca?
tapi aku selalu membaca buku-buku tentang self improvement. antara koleksi terbaik aku yang aku tak jemu-jemu membaca adalah ini..
dan juga dibawah ni...


banyak lagi buku-buku rujukan dalam simpanan aku yang cukup aku sayang.. macam buku yang banyak membantu aku seperti buku ini..
dan buku ini..

Yeah, tak perlulah aku nak huraikan apa yang terkandung dalam pembacaan ini, anda nak tahu, anda perlu membaca.. Membaca Menjana Minda, Bangsa Membaca, Bangsa Mulia, dan Ilmu Memartabatkan Bangsa. Korang tanamkan sifat suka membaca ea.. Kalau anda tak memupuk untuk diri anda sukakan membaca, bagaimana anda nak suruh anak atau adik beradik anda supaya membaca.. Anda role model terbaik untuk mereka.tetapi anda perlu mencari teman yang paling bagus untuk anda melakukan semua ini!- Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul.


Jangan Bersedih, Allah Bersama Kita

video

Jadilah Orang Yang Pemaaf.

Kenapa Anda perlu memaafkan?

Supaya Anda senang untuk merasa bahagia, gembira, tenang di jiwa.

Sebab kenapa ada ramai orang susah nak merasa gembira adalah kerana di hati mereka ada titik-titik hitam.

Titik-titik hitam ni mengotori jiwa.

Bila jiwa sudah kotor, ia akan dipenuhi dengan perasaan-perasaan kotor dan emosi-emosi kotor (emosi negatif) mengakibatkan timbul rasa marah, benci,dendam, dengki.

Kesemuanya bersarang dan melekat di situ.

Anda akan mudah naik marah, mudah merasa benci, cepat berdendam dan cepat dengki dengan orang lain.

Sekali Anda tidak memaafkan, sepuluh kali titik-titik hitam tumbuh membiak dlaam hati Anda.

Jika Anda nak gembira, nak ceria tapi susah untuk merasa gembira, susah untuk merasa ceria, semua berpunca dari hati Anda.

Anda tidak memaafkan kesalahan orang yang buat salah pada Anda.

Anda tidak maafkan orang yang marahkan Anda.

Anda tidak maafkan orang yang mengejek, menghina, mengkeji dan mengata Anda.

Anda tidak maafkan sikap mereka dan perbuatan mereka.

Justeru kesannya titik-titik hitam di hati Anda makin membesar, makin membanyak.

Hati Anda jadi semakin hitam, semakin gelap.

Hati orang pemaaf di sinari cahaya.

Mereka mudah merasa gembira, ceria dan mudah merasa bahagia kerana tidak ada titik-titik hitam melekat bertempek di dalam hati mereka ni.

Bila sudah gembira, ceria dan bahagia, mudah untuk rasa bermotivasi, bersemangat.

Bila sudah ada motivasi, akan ada energi.

Dari sinilah Anda merasa sentiasa bertenaga.

Anda akan merasa terdorong jadi kuat bekerja.

Maafkan kesalahan orang yang pernah membuat Anda merasa sakit hati.

Maafkan orang yang Anda tak puas hati dengan perangainya.

Maafkan orang yang pernah menghina Anda, merendah-rendahkan Anda, mempersendakan Anda.

Sikap sebegini Anda membuat Anda maju ke depan.

Lawan api dengan api, Anda akan musnah.

Dua-dua musnah.

Bila lawan api dengan air, Anda akan dapat musnahkan api lalu meninggalkannya untuk mengecap hidup yang lebih baik.

Apa Makna Cinta Pada ALLAH.

Apa makna cinta pada Allah? Apa dia? Ia adalah perasaan apabila Anda melakukan sesuatu untuk mendapat keredhaannya, untuk mendapat perhatian Allah, untuk mendapat cintanya juga untuk mendapat rahmatnya supaya hidup Anda berkat sentiasa. Orang yang cinta pada Allah biasanya sanggup melakukan sesuatu secara percuma simply sebab dia mahu perbuatannya itu mendapat perhatian Allah.

Orang sebegini berkasih sayang kerana Allah, mencintai kekasih hatinya kerana Allah, bekerja kerana Allah, menolong orang kerana Allah, bersahabat kerana Allah, menggembirakan seseorang kerana Allah, berbakti kepada ibu bapa kerana Allah, belajar kerana Allah, berniaga kerana Allah.

Dia tidak melakukan semua itu kerana duit tapi untuk berbakti. Dia berbakti pada orang sekeliling supaya Allah kasih kepadanya. Dia menjaga hubungannya dengan Allah melalui yang fardhu, dia menjaga hubungannya dengan orang sekeliling melalui berbuat kebaikan selalu. Dia adalah seorang yang baik di hati, di perbuatan, di dalam kata-kata dan di dalam fikirannya.

Cinta pada Allah tidak hanya dengan duduk di dalam masjid, banyak membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa, menunaikan umrah, beriktikaf atau bersembahyang sunat. Semua itu hanya luaran. Allah hanya akan memandang HATI Anda.

Ini samalah seperti kita mahu mendapat perhatian orang yang kita cinta. Apabila hati sudah suka pada seseorang, pasti Anda berhabis untuk mendapat perhatiannya, kan? Anda beli hadiah, berkirim salam, mengutus surat cinta, meng’add’ dia di Facebook Anda, bertanya pada ID Twitter dia, bertanya apa nombor telefon dia supaya Anda boleh hantar sms padanya untuk menyatakan rasa cinta Anda padanya.

Untuk apa Anda sembahyang selain dari menunaikan suruhannya? Untuk apa Anda bersolat selain dari menunaikan kewajipan? Jawapannya, bersembahyanglah kerana Anda mahu menambah rasa ketakwaan pada Allah, supaya Allah sayang Anda, supaya Anda menonjol di kalangan hamba-hambanya yang lain. Rasa takwa adalah rasa apabila Anda mahu melakukan sesuatu kerana mahu mendapat perhatian Allah, bila sudah buat, Anda rasa cukup puas hati.

Bila Anda tolong orang dengan niat mahu menambah rasa takwa, kesannya Anda akan menolong sehabis baik didorong oleh fikiran positif sebab mahu melihat ornag yang Anda tolong itu jadi gembira menjalani kehidupannya. Anda berharap moga dengan kegembiraan yang orang tu perolehi, Allah melihat apa yang Anda lakukan lantas melihat Anda sebagai seorang yang layak untuk mendapat kasih sayangnya.

Apa petanda kasih sayang Allah? Rezeki Anda dimurahkan, hidup Anda dibahagiakan, urusan Anda dipermudahkan, masalah Anda dikurangkan, pergaulan Anda diperluaskan. Semuanya jadi lancar sahaja.

Insyaallah, Allah Bersama Kita.