Pembedahan Radang Tonsil

Hai, hari ini saya akan share dengan anda tentang penyakit yang sering berlaku di kalangan kita terutama  kanak - kanak. Tetapi tonsil juga berlaku pada saya juga yang berumur 29 tahun dan saya mengidap radang tonsil ini hampir 2 tahun. Sebelum kita pergi lebih jauh, ini sedikit maklumat doktor yang dikongsi kepada saya.

Apa itu tonsil?
Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian sistem imunisasi badan kita. Tisu ini terdiri daripada sejenis sel yang dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Ia berfungsi sebagai penuras kuman semasa pernafasan. Sesetengah individu boleh menghadapi infeksi tonsil yang berulang dan teruk seperti yang saya alami, serta memberi kesan seperti menyukarkan kerja harian kita kerana kerap dilanda demam yang secara tiba - tiba yang biasanya symtom URTI ( upper respiratory tract infection).

Simtom yang jelas kelihatan pada saya adalah suhu badan yang naik secara tiba - tiba (sehingga 38.5 dan dalam tempoh lama), hilang selera makan dan akhirnya perit pada bahagian tekak.

gambar menunjukkan keadaan tonsillitis yang teruk disebelah kanan dan disebelah kiri sakit tekak biasa serta dapat diuruskan oleh pesakit itu sendiri, sekiranya keadaan terdapat kutil putih, terus rujuk pegawai perubatan untuk khidmat nasihat.

Keadaan Radang Tonsil yang melanda saya semasa mendapatkan rawatan. Sekiranya terjadi begini, doktor biasanya memberi antibiotik seperti Amoxycillin, Baramphycillin untuk mengurangkan kesan jangkitan serta Thymol atau hibitane gargle untuk kumur sehingga pulih sebelum melakukan pembedahan.




Walaupun diberikan beberapa antibiotik oleh Doctor sebelum ini, namun ia hanya mampu bertahan dalam tempoh beberapa minggu sahaja dan penyakit ini akan berulang kembali dan kes saya telah dirujuk ke ENT Surgeon. Melalui rutin pemeriksaan oleh Pakar ENT dalam tempoh seminggu, Doktor telah memaklumkan kepada saya bahawa saya mengidap radang tonsil dan kaedah pembedahan perlu dilakukan kerana tonsil mengalami kerosakan yang ketara.

Tempoh masa seminggu diberikan oleh doktor untuk tujuan pemantauan kesihatan disamping pengambilan ubat yang mengikut jadual. sepanjang tempoh ini, segala proses hanya dilakukan di rumah. Sehari sebelum pembedahan, ward routine  dilakukan dimana saya diletakkan di wad untuk tujuan pemeriksaan kesihatan, mengambil sample darah, dan berkenalan dengan doktor yang bakal melakukan pembedahan keatas saya serta melalui beberapa proses temuduga amalan kesihatan. sepanjang proses ini, pasukan perubatan banyak memberi info berkaitan penyakit, pembedahan dan sebagainya sebelum saya memulakan proses berpuasa..

yayy, hari yang ditunggu telah tiba..

Pembedahan saya bermula jam 0745 pagi, sesudah subuh saya telah bangun, pergi surau solat subuh dan balik ke bilik mandi, bergrooming, kembali ke katil dan Nurse Norhayati yang bertugas pada pagi itu memeriksa tekanan darah saya, Alhamdulillah baik..dibiarkan seketika berehat (masih berpuasa) dan dengar suara lembut Sister Fuziah

" Syariffudin.. macamna?.. dah bersedia..? Depa (pasukan di bilik bedah) dah stanby.."
hanya anggukan je yang boleh, dalam hati tuhan saja yang tahu.. saya dibawa ke Dewan Bedah dan bersedia..
" Hye, Syariffudin so good.. awak betul - betul nampak bersedia, pembedahan sudah selesai..

haa?? dah abis, (dlm keadaan masih dibius, hampir 3 jam blur.. )
menurut Doktor setelah apa yang dilakukan..

After Removal..

macam tokeng ayam. hahaha


Pembedahan tonsil mengambil masa lebih kurang 70 minit dan tidak begitu rumit. Pembedahan dilakukan setelah saya dibius sepenuhnya dan tidak akan tahu apa-apa semasa pembedahan. Setelah bius diberikan, mulut saya dibuka mengunakan alat yang dinamakan retractor. Pembedahan dilakukan melalui ruang mulut sahaja, tiada apa-apa pemotongan  dilakukan di mana-mana bahagian kulit luar. Semasa pengeluaran tonsil,  ada sedikit  pendarahan yang telah dapat diberhentikan dengan kaedah diatermi.

Diatermi merujuk kepada penghasilan haba pada suatu bahagian tubuh melalui arus elektrik berfrekuensi tinggi yang dipasangkan pada kulit didada, terletak antara dua elektrod. Sebelum mengeluarkan alat retractor, pakar bedah akan memastikan tiada pendarahan lagi dari kawasan pembedahan.

Selepas selesai saya di masukkan ke wad semula, yang pasti bila sampai je di wad, hehehe..Mak dan adik serta anak - anak buah sedang menunggu. maka berehatlah saya disitu..

Tak buas beberapa hari..



Selepas pembedahan doktor berikan ubat penahan sakit dan kadangkala ubat semburan tekak dan ubat kumur tekak. Beberapa hari yang pertama saya mengalami rasa sakit yang akan menyusahkan proses penelanan. Pesakit dinasihatkan memakan makanan-makanan yang lembut dan sejuk. namun tidak bagi saya, saya hanya minum yougurt bliss, memasukkan makanan yang lembut seperti jelly amat sukar kerana sakit yag teramat sangat untuk menelan.

Proses penelanan dan percakapan juga membolehkan pergerakan otot-otot di bahagian tekak berfungsi sepenuhnya dan ini akan membolehkan proses penyembuhan di kawasan pembedahan berlaku dengan lebih cepat, justeru saya paksakan juga walaupun dalam kesakitan.

Saya tidak boleh bercakap kerana suara yang tersekat - sekat, namun saya hanya mengunyah chewing gum less sugar untuk senaman otot pipi.

Proses pemulihan akan mengambil masa lebih kurang satu hingga dua minggu.

Penjagaan Selepas Pembedahan yang saya lakukan dan untuk dikongsi.

  1. Saya mengambil ubat yang dibekalkan mengikut aturan.
  2. Sentiasa berkumur sebelum dan selepas makan atau minum.
  3. Jangan sesekali anda merokok kalau mau cepat sembuh.
  4. Sesetengah mengatakan hanya makan ais krim tetapi elakkan ice cream yang mengandungi kacang, almond dan sebagainya kerana boleh menyebabkan kawasan sekitar pembedahan sakit.
  5. Sekiranya ais krim boleh mendatangkan kahak, boleh ditukar dengan memakan dadih segar dan sejuk. elakkan makan agar - agar kerana kemanisan nya tidak sesuai untuk diabetic person.
  6. Banyakkan variety makanan yang lembut (soft diet)  contohnya selain dari moi, boleh buat sup roti, mushroom soup, 
  7. Elakkan makan berminyak dan pedas..
  8. Banyakkan berdoa agar usaha diatas membantu.
Setelah pulih dalam minggu ini (genap sebulan), Alhamdulillah, saya lebih besemangat, dapat melakukan tugas semula bersama Trainer Team. tak sabar rasanya. hehehe.