Kenapa Anda perlu memaafkan?
Supaya Anda senang untuk merasa bahagia, gembira, tenang di jiwa.
Sebab kenapa ada ramai orang susah nak merasa gembira adalah kerana di hati mereka ada titik-titik hitam.
Titik-titik hitam ni mengotori jiwa.
Bila jiwa sudah kotor, ia akan dipenuhi dengan perasaan-perasaan kotor dan emosi-emosi kotor (emosi negatif) mengakibatkan timbul rasa marah, benci,dendam, dengki.
Kesemuanya bersarang dan melekat di situ.
Anda akan mudah naik marah, mudah merasa benci, cepat berdendam dan cepat dengki dengan orang lain.
Sekali Anda tidak memaafkan, sepuluh kali titik-titik hitam tumbuh membiak dlaam hati Anda.
Jika Anda nak gembira, nak ceria tapi susah untuk merasa gembira, susah untuk merasa ceria, semua berpunca dari hati Anda.
Anda tidak memaafkan kesalahan orang yang buat salah pada Anda.
Anda tidak maafkan orang yang marahkan Anda.
Anda tidak maafkan orang yang mengejek, menghina, mengkeji dan mengata Anda.
Anda tidak maafkan sikap mereka dan perbuatan mereka.
Justeru kesannya titik-titik hitam di hati Anda makin membesar, makin membanyak.
Hati Anda jadi semakin hitam, semakin gelap.
Hati orang pemaaf di sinari cahaya.
Mereka mudah merasa gembira, ceria dan mudah merasa bahagia kerana tidak ada titik-titik hitam melekat bertempek di dalam hati mereka ni.
Bila sudah gembira, ceria dan bahagia, mudah untuk rasa bermotivasi, bersemangat.
Bila sudah ada motivasi, akan ada energi.
Dari sinilah Anda merasa sentiasa bertenaga.
Anda akan merasa terdorong jadi kuat bekerja.
Maafkan kesalahan orang yang pernah membuat Anda merasa sakit hati.
Maafkan orang yang Anda tak puas hati dengan perangainya.
Maafkan orang yang pernah menghina Anda, merendah-rendahkan Anda, mempersendakan Anda.
Sikap sebegini Anda membuat Anda maju ke depan.
Lawan api dengan api, Anda akan musnah.
Dua-dua musnah.
Bila lawan api dengan air, Anda akan dapat musnahkan api lalu meninggalkannya untuk mengecap hidup yang lebih baik.