Arghh, ngantuknya pagi itu, mungkin kerna aku biasa tidur hingga dini hari, atau mungkin makan makanan yang berkarbohidrat tinggi barangkali di awal pagi membuatkan aku tersangat mengantuk atau aku mengambil minuman kafien di malam hari hingga membuatkan aku terlalu letih dan mata mahu terlelap.
Pagi itu aku gagahkan memandu ke tempat kerja walaupun mataku saatnya mahu terpejam. Aduh, ngantuk tersangat. tiba - tiba disatu persimpangan isyarat, walaupun lampu merah dalam keadaan melayan mata tiba - tiba DAMM!!
"AllahhuAkhbar"! Bentak ku tersedar, dihadapan keretaku aku seorang lelaki yang tertiarap di atas jalan. YaAllah, apa dah jadi ni.. panik..
ku parking kan kereta ke tepi jalan, Aku keluar dari kereta dan terus memohon maaf, berkali - kali, sambil memeriksa keadaan beliau dan motosikalnya..
"Saya minta maaf bang, betul-betul saya terlelap, salah saya, pintasku awal. "abang ada luka ka"?, "motosikal macam mana"?..
Saudara tadi yang mukanya seperti marah, terus dengan nada keras " awak tak nampak ka? lampu merah? awak jalan juga"
" Maaf abang, saya betul - betul tak perasan, saya ngantuk sangat tadi.." terusan aku memohon maaf,
Nampaknya abang ini betul memahami keadaan aku, lalu dalam nada nasihat, walaupun dlm keadaan keras bunyinya "kalau ngatuk sekali pun, jangan pandu keta, "Awak bahayakan nyawa orang lain"!
Alhamdulillah, abang itu tidak mengalami kecederaan dan motosikalnya pun tiada apa - apa kerosakkan, Alhamdulillah, tuhan pelihara..
sebagai tanda bantuan dan ikhlas, saya menyelitkan sedikit bantuan nilai agar dapat menampung apa - apa kerosakan kelak semasa bersalaman, walaupun pemberian ini ditolak dan abang tersebut menerima kejadian sebagai tidak disengajakan, aku menjawab perlu untuk meringgankan apa - apa kesulitan akan datang, Alhamdulillah, abang tersebut menerima dengan hati terbuka.
Syukur, selepas kejadian itu, aku tidak lagi mengantuk dan terus memandu ke pejabat, hingga ke tamat waktu kerja, aku tidak berasa mengantuk lagi.
Inilah yang dipanggil hentakan sinergi, perkara - perkara yang sering melemahkan tumpuan fokus kita terhadap apa yang kita lakukan seperti menantuk, malas, putus asa dan perkara emosi negatif lain akan hilang kerna kita termotivasi walau dalam keadaan keras, hentakkan ini perlu bagi mengembalikan fokus kita samada baik atau sebaliknya.