Kita Perlukan Hentakkan Sinergi Dalaman Untuk Lebih Fokus
Pagi itu aku gagahkan memandu ke tempat kerja walaupun mataku saatnya mahu terpejam. Aduh, ngantuk tersangat. tiba - tiba disatu persimpangan isyarat, walaupun lampu merah dalam keadaan melayan mata tiba - tiba DAMM!!
"AllahhuAkhbar"! Bentak ku tersedar, dihadapan keretaku aku seorang lelaki yang tertiarap di atas jalan. YaAllah, apa dah jadi ni.. panik..
ku parking kan kereta ke tepi jalan, Aku keluar dari kereta dan terus memohon maaf, berkali - kali, sambil memeriksa keadaan beliau dan motosikalnya..
"Saya minta maaf bang, betul-betul saya terlelap, salah saya, pintasku awal. "abang ada luka ka"?, "motosikal macam mana"?..
Saudara tadi yang mukanya seperti marah, terus dengan nada keras " awak tak nampak ka? lampu merah? awak jalan juga"
" Maaf abang, saya betul - betul tak perasan, saya ngantuk sangat tadi.." terusan aku memohon maaf,
Nampaknya abang ini betul memahami keadaan aku, lalu dalam nada nasihat, walaupun dlm keadaan keras bunyinya "kalau ngatuk sekali pun, jangan pandu keta, "Awak bahayakan nyawa orang lain"!
Alhamdulillah, abang itu tidak mengalami kecederaan dan motosikalnya pun tiada apa - apa kerosakkan, Alhamdulillah, tuhan pelihara..
sebagai tanda bantuan dan ikhlas, saya menyelitkan sedikit bantuan nilai agar dapat menampung apa - apa kerosakan kelak semasa bersalaman, walaupun pemberian ini ditolak dan abang tersebut menerima kejadian sebagai tidak disengajakan, aku menjawab perlu untuk meringgankan apa - apa kesulitan akan datang, Alhamdulillah, abang tersebut menerima dengan hati terbuka.
Syukur, selepas kejadian itu, aku tidak lagi mengantuk dan terus memandu ke pejabat, hingga ke tamat waktu kerja, aku tidak berasa mengantuk lagi.
Inilah yang dipanggil hentakan sinergi, perkara - perkara yang sering melemahkan tumpuan fokus kita terhadap apa yang kita lakukan seperti menantuk, malas, putus asa dan perkara emosi negatif lain akan hilang kerna kita termotivasi walau dalam keadaan keras, hentakkan ini perlu bagi mengembalikan fokus kita samada baik atau sebaliknya.
Pembedahan Radang Tonsil
Apa itu tonsil?
Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian sistem imunisasi badan kita. Tisu ini terdiri daripada sejenis sel yang dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Ia berfungsi sebagai penuras kuman semasa pernafasan. Sesetengah individu boleh menghadapi infeksi tonsil yang berulang dan teruk seperti yang saya alami, serta memberi kesan seperti menyukarkan kerja harian kita kerana kerap dilanda demam yang secara tiba - tiba yang biasanya symtom URTI ( upper respiratory tract infection).
Simtom yang jelas kelihatan pada saya adalah suhu badan yang naik secara tiba - tiba (sehingga 38.5 dan dalam tempoh lama), hilang selera makan dan akhirnya perit pada bahagian tekak.
Walaupun diberikan beberapa antibiotik oleh Doctor sebelum ini, namun ia hanya mampu bertahan dalam tempoh beberapa minggu sahaja dan penyakit ini akan berulang kembali dan kes saya telah dirujuk ke ENT Surgeon. Melalui rutin pemeriksaan oleh Pakar ENT dalam tempoh seminggu, Doktor telah memaklumkan kepada saya bahawa saya mengidap radang tonsil dan kaedah pembedahan perlu dilakukan kerana tonsil mengalami kerosakan yang ketara.
Tempoh masa seminggu diberikan oleh doktor untuk tujuan pemantauan kesihatan disamping pengambilan ubat yang mengikut jadual. sepanjang tempoh ini, segala proses hanya dilakukan di rumah. Sehari sebelum pembedahan, ward routine dilakukan dimana saya diletakkan di wad untuk tujuan pemeriksaan kesihatan, mengambil sample darah, dan berkenalan dengan doktor yang bakal melakukan pembedahan keatas saya serta melalui beberapa proses temuduga amalan kesihatan. sepanjang proses ini, pasukan perubatan banyak memberi info berkaitan penyakit, pembedahan dan sebagainya sebelum saya memulakan proses berpuasa..
yayy, hari yang ditunggu telah tiba..
Pembedahan saya bermula jam 0745 pagi, sesudah subuh saya telah bangun, pergi surau solat subuh dan balik ke bilik mandi, bergrooming, kembali ke katil dan Nurse Norhayati yang bertugas pada pagi itu memeriksa tekanan darah saya, Alhamdulillah baik..dibiarkan seketika berehat (masih berpuasa) dan dengar suara lembut Sister Fuziah
" Syariffudin.. macamna?.. dah bersedia..? Depa (pasukan di bilik bedah) dah stanby.."
hanya anggukan je yang boleh, dalam hati tuhan saja yang tahu.. saya dibawa ke Dewan Bedah dan bersedia..
" Hye, Syariffudin so good.. awak betul - betul nampak bersedia, pembedahan sudah selesai..
haa?? dah abis, (dlm keadaan masih dibius, hampir 3 jam blur.. )
menurut Doktor setelah apa yang dilakukan..
After Removal..
| macam tokeng ayam. hahaha |
Pembedahan tonsil mengambil masa lebih kurang 70 minit dan tidak begitu rumit. Pembedahan dilakukan setelah saya dibius sepenuhnya dan tidak akan tahu apa-apa semasa pembedahan. Setelah bius diberikan, mulut saya dibuka mengunakan alat yang dinamakan retractor. Pembedahan dilakukan melalui ruang mulut sahaja, tiada apa-apa pemotongan dilakukan di mana-mana bahagian kulit luar. Semasa pengeluaran tonsil, ada sedikit pendarahan yang telah dapat diberhentikan dengan kaedah diatermi.
Diatermi merujuk kepada penghasilan haba pada suatu bahagian tubuh melalui arus elektrik berfrekuensi tinggi yang dipasangkan pada kulit didada, terletak antara dua elektrod. Sebelum mengeluarkan alat retractor, pakar bedah akan memastikan tiada pendarahan lagi dari kawasan pembedahan.
Selepas selesai saya di masukkan ke wad semula, yang pasti bila sampai je di wad, hehehe..Mak dan adik serta anak - anak buah sedang menunggu. maka berehatlah saya disitu..
![]() |
| Tak buas beberapa hari.. |
Selepas pembedahan doktor berikan ubat penahan sakit dan kadangkala ubat semburan tekak dan ubat kumur tekak. Beberapa hari yang pertama saya mengalami rasa sakit yang akan menyusahkan proses penelanan. Pesakit dinasihatkan memakan makanan-makanan yang lembut dan sejuk. namun tidak bagi saya, saya hanya minum yougurt bliss, memasukkan makanan yang lembut seperti jelly amat sukar kerana sakit yag teramat sangat untuk menelan.
Proses penelanan dan percakapan juga membolehkan pergerakan otot-otot di bahagian tekak berfungsi sepenuhnya dan ini akan membolehkan proses penyembuhan di kawasan pembedahan berlaku dengan lebih cepat, justeru saya paksakan juga walaupun dalam kesakitan.
Saya tidak boleh bercakap kerana suara yang tersekat - sekat, namun saya hanya mengunyah chewing gum less sugar untuk senaman otot pipi.
Proses pemulihan akan mengambil masa lebih kurang satu hingga dua minggu.
Penjagaan Selepas Pembedahan yang saya lakukan dan untuk dikongsi.
- Saya mengambil ubat yang dibekalkan mengikut aturan.
- Sentiasa berkumur sebelum dan selepas makan atau minum.
- Jangan sesekali anda merokok kalau mau cepat sembuh.
- Sesetengah mengatakan hanya makan ais krim tetapi elakkan ice cream yang mengandungi kacang, almond dan sebagainya kerana boleh menyebabkan kawasan sekitar pembedahan sakit.
- Sekiranya ais krim boleh mendatangkan kahak, boleh ditukar dengan memakan dadih segar dan sejuk. elakkan makan agar - agar kerana kemanisan nya tidak sesuai untuk diabetic person.
- Banyakkan variety makanan yang lembut (soft diet) contohnya selain dari moi, boleh buat sup roti, mushroom soup,
- Elakkan makan berminyak dan pedas..
- Banyakkan berdoa agar usaha diatas membantu.
Mari Renungkan Sejenak
Dalam sepotong hadits yang diriwayatkan oleh Ka’ab bin ‘Ujrah رضي الله عنه , beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: Datanglah kalian ke mimbar. Kemudian kami datang. Maka apabila baginda naik tangga pertama, baginda berkata آمين lalu apabila baginda menaiki tangga kedua, baginda juga berkata آمين , bila baginda melangkah ketangga ketiga, baginda berkata: آمين . Maka apabila baginda turun dari mimbar, kami berkata: Wahai Rasulullah, sungguh hari ini kami telah mendengar dari engkau sesuatu yang belum pernah kami dengar. Baginda bersabda: Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku lalu berkata: Celakalah orang yang membiarkan bulan Ramadhan berlalu begitu sahaja sehingga dia tidak diampuni. Aku berkata: آمين. Lalu ketika akau naik ketangga kedua dia berkata: Celakalah orang yang mendengar namamu, tetapi dia tidak bershalawat keatasmu. Aku berkata: آمين. Bila aku melangkah naik ketangga ketiga, Jibril berkata: Celakalah orang yang mempunyai kedua ibubapa yang telah tua keduanya atau salah seorang diantara keduanya, namun mereka tidak dapat memasukkannya ke syurga (yakni gagal untuk melayani dan berkhidmat kepada mereka, yang mana ianya membolehkan seseorang mendapat syurga). Aku berkata: آمين. (Hadits riwayat: al-Hakim, Ibn Hibban, ath-Thabrani dan al-Baihaqi)
Teman Paling Bagus..
Sendirian aku kadang kala dan kebiasaanya selalu dilanda rasa dan perasaan begini..
Nak lelap? argh.. tak mengantuk.. Nak keluar?? hurm lagi lah boring..
Kawan? Ada, tapi kadang kala berilah sedikit masa kat diorang, sian kat diorang ngan kerja - kerja diorang..
Hurm, ubat yang paling bagus untuk merawat perasaan ini adalah membaca! Yes!, membaca!
Tak perlulah aku mengkhutbah manfaat dan faedah membaca, tak kisahlah apa bahan bacaan sekali pun.
Ini antara hobi aku bila takda sibuk sangat, sementara tunggu bas, lrt atau mana-mana aku pergi, masa teluang aku pun terisi dgn kerja mudah.. korang bayangkan apa jadi kat korang kalau korang tak membaca?
tapi aku selalu membaca buku-buku tentang self improvement. antara koleksi terbaik aku yang aku tak jemu-jemu membaca adalah ini..
![]() |
| dan juga dibawah ni... |
banyak lagi buku-buku rujukan dalam simpanan aku yang cukup aku sayang.. macam buku yang banyak membantu aku seperti buku ini..
![]() | ||||||||||
| dan buku ini.. |
Jadilah Orang Yang Pemaaf.
Kenapa Anda perlu memaafkan?
Supaya Anda senang untuk merasa bahagia, gembira, tenang di jiwa.
Sebab kenapa ada ramai orang susah nak merasa gembira adalah kerana di hati mereka ada titik-titik hitam.
Titik-titik hitam ni mengotori jiwa.
Bila jiwa sudah kotor, ia akan dipenuhi dengan perasaan-perasaan kotor dan emosi-emosi kotor (emosi negatif) mengakibatkan timbul rasa marah, benci,dendam, dengki.
Kesemuanya bersarang dan melekat di situ.
Anda akan mudah naik marah, mudah merasa benci, cepat berdendam dan cepat dengki dengan orang lain.
Sekali Anda tidak memaafkan, sepuluh kali titik-titik hitam tumbuh membiak dlaam hati Anda.
Jika Anda nak gembira, nak ceria tapi susah untuk merasa gembira, susah untuk merasa ceria, semua berpunca dari hati Anda.
Anda tidak memaafkan kesalahan orang yang buat salah pada Anda.
Anda tidak maafkan orang yang marahkan Anda.
Anda tidak maafkan orang yang mengejek, menghina, mengkeji dan mengata Anda.
Anda tidak maafkan sikap mereka dan perbuatan mereka.
Justeru kesannya titik-titik hitam di hati Anda makin membesar, makin membanyak.
Hati Anda jadi semakin hitam, semakin gelap.
Hati orang pemaaf di sinari cahaya.
Mereka mudah merasa gembira, ceria dan mudah merasa bahagia kerana tidak ada titik-titik hitam melekat bertempek di dalam hati mereka ni.
Bila sudah gembira, ceria dan bahagia, mudah untuk rasa bermotivasi, bersemangat.
Bila sudah ada motivasi, akan ada energi.
Dari sinilah Anda merasa sentiasa bertenaga.
Anda akan merasa terdorong jadi kuat bekerja.
Maafkan kesalahan orang yang pernah membuat Anda merasa sakit hati.
Maafkan orang yang Anda tak puas hati dengan perangainya.
Maafkan orang yang pernah menghina Anda, merendah-rendahkan Anda, mempersendakan Anda.
Sikap sebegini Anda membuat Anda maju ke depan.
Lawan api dengan api, Anda akan musnah.
Dua-dua musnah.
Bila lawan api dengan air, Anda akan dapat musnahkan api lalu meninggalkannya untuk mengecap hidup yang lebih baik.
Apa Makna Cinta Pada ALLAH.
Apa makna cinta pada Allah? Apa dia? Ia adalah perasaan apabila Anda melakukan sesuatu untuk mendapat keredhaannya, untuk mendapat perhatian Allah, untuk mendapat cintanya juga untuk mendapat rahmatnya supaya hidup Anda berkat sentiasa. Orang yang cinta pada Allah biasanya sanggup melakukan sesuatu secara percuma simply sebab dia mahu perbuatannya itu mendapat perhatian Allah.
Orang sebegini berkasih sayang kerana Allah, mencintai kekasih hatinya kerana Allah, bekerja kerana Allah, menolong orang kerana Allah, bersahabat kerana Allah, menggembirakan seseorang kerana Allah, berbakti kepada ibu bapa kerana Allah, belajar kerana Allah, berniaga kerana Allah.
Dia tidak melakukan semua itu kerana duit tapi untuk berbakti. Dia berbakti pada orang sekeliling supaya Allah kasih kepadanya. Dia menjaga hubungannya dengan Allah melalui yang fardhu, dia menjaga hubungannya dengan orang sekeliling melalui berbuat kebaikan selalu. Dia adalah seorang yang baik di hati, di perbuatan, di dalam kata-kata dan di dalam fikirannya.
Cinta pada Allah tidak hanya dengan duduk di dalam masjid, banyak membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa, menunaikan umrah, beriktikaf atau bersembahyang sunat. Semua itu hanya luaran. Allah hanya akan memandang HATI Anda.
Ini samalah seperti kita mahu mendapat perhatian orang yang kita cinta. Apabila hati sudah suka pada seseorang, pasti Anda berhabis untuk mendapat perhatiannya, kan? Anda beli hadiah, berkirim salam, mengutus surat cinta, meng’add’ dia di Facebook Anda, bertanya pada ID Twitter dia, bertanya apa nombor telefon dia supaya Anda boleh hantar sms padanya untuk menyatakan rasa cinta Anda padanya.
Untuk apa Anda sembahyang selain dari menunaikan suruhannya? Untuk apa Anda bersolat selain dari menunaikan kewajipan? Jawapannya, bersembahyanglah kerana Anda mahu menambah rasa ketakwaan pada Allah, supaya Allah sayang Anda, supaya Anda menonjol di kalangan hamba-hambanya yang lain. Rasa takwa adalah rasa apabila Anda mahu melakukan sesuatu kerana mahu mendapat perhatian Allah, bila sudah buat, Anda rasa cukup puas hati.
Bila Anda tolong orang dengan niat mahu menambah rasa takwa, kesannya Anda akan menolong sehabis baik didorong oleh fikiran positif sebab mahu melihat ornag yang Anda tolong itu jadi gembira menjalani kehidupannya. Anda berharap moga dengan kegembiraan yang orang tu perolehi, Allah melihat apa yang Anda lakukan lantas melihat Anda sebagai seorang yang layak untuk mendapat kasih sayangnya.
Apa petanda kasih sayang Allah? Rezeki Anda dimurahkan, hidup Anda dibahagiakan, urusan Anda dipermudahkan, masalah Anda dikurangkan, pergaulan Anda diperluaskan. Semuanya jadi lancar sahaja.
Insyaallah, Allah Bersama Kita.

























